Dari hotel Novotel di daerah Zeytinburnu,aku menaiki shuttle yang disedikan pihak hotel untuk ke Sultanahmet yang juga merupakan salah satu "main attraction" untuk pelancong kerana keunikan seni binaan-nya sejak zaman Otttoman..perjalanan dari hotel kira2 15 minit...
Cuaca ketika itu hujan renyai dengan suhu sekitar 5'C,aku telah berwuduk siap2 dari hotel supaya mudah nanti setibanya di sana. Sampai saja di masjid,kasut di buka lalu dimasukkan dalam beg plastik yang disediakan di pintu masjid yang di kawal oleh anggota polis yang bertugas lalu di suruh aku naik ke tingkat atas kerana di bahagian bawah sudah penuh.
Yang aku kagumnya,masjid dikawal dengan begitu teratur,orangnya duduk dalam barisan,rapat2 dan apabila meraka nampak aku masuk,mereka (jemaah2 yang lain) cuba mencari tempat kosong untuk aku duduk..Kalau di sini,"pandai2lah kau,sapa suruh datang lambat"...ermmm...kasut yang dlm beg plastik tadi pula disusun rapi di sepanjang anak tangga dan di hujung masjid,tidak berselerak seperti selipar dan kasut yang kita nampak kat masjid kita...aku sangat kagum,nak ambil gambar tapi tak patut pula orang tengah khutbah kita dok sibuk ambil gambar (walaupun xpaham sebab khutbah dalam bahasa Turki)...
Apa pun di sini aku nak ceritakan beberapa perbezaan antara solat orang Islam di Turki dengan kita di Malaysia..
1. Disana,orang perempuan ramai pergi ke Solat jumaat,di Malaysia cuma beberapa masjid je yang ada yang aku pun xsure sangat..just dengar2 orang cakap...
2. Mereka hanya mengangkat Takbir sewaktu mula solat (takbiratul ihram)..yang lain mereka tidak angkat kedua belah tangan (seperti hendak rukuk,bangun dari rukuk,bangun dari sujud untuk rakaat seterusnya)
اجمعت
الامة على استحباب رفع اليدين عند تكبيرة الاحرام واختلفوا فيما سواها
فقال الشافعي واحمد وجمهور العلماء من الصحابة رضي الله عنهم فمن بعدهم
يستحب رفعهما ايضا عند الركوع وعند الرفع منه
"Ijmak umat bahawa sunat mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram. Dan mereka khilaf pada selain takbiratul Ihram. Syafie, Ahmad dan majoriti ulama dari kalangan sahabat dan tabien selepas mereka berpendapat sunat mengangkat dua tangan ketika mahu rukuk dan ketika bangkit darinya". (Syarah Sahih Muslim 4/95) - Copy Paste
3. Mereka memulakan bacaan Al-Fatihah tanpa Bismillah..(banyak pendapat)
4. AMIN mereka selepas Imam selesai Al-Fatihah dibaca perlahan dan pendek,hampir2 tak dengar...
5. Perempuan Islam di sana Solat dengan memakai pakaian mereka yang sedia (tidak salin kepada telekung atau sebagainya) yang aku rasa sangat betul. Sebab kenapa nak pakai telekung bila solat sedangkan tutup aurat adalah wajib samada solat atau tidak..ini bermakna kalau nak jalan2 pun tutup aurat,sama seprti solat.
6. Jemaah di sana berebut untuk berada si Saf hadapan,di Malaysia banyak jemaah lebih selesa berdiri dimana mereka duduk,atau di bawah kipas,even ada tempat kosong di hadapan dibiarkan.
7. Mereka melakukan perbuatan serentak dengan Imam melaungkan Allahuakbar. Di Malaysia kita biasa tunggu sehingga Imam habis melaungkan Allahuakbar.
So ini antara perbezaan yang aku nampak...maybe ada banyak lagi yang aku dengar tapi aku ceritakan yang mana aku sendiri nampak..
Maybe ada diantara kita yang pernah ke sana atau ke mana2 sahaja negara di dunia dan melihat Islam di negara orang boleh share sedikit sebanyak pengalaman korang...atau anyone yang ada pendapat mengenai perbezaan di atas pun boleh share dengan saya...
Setakat ini sajalah coretan kali ini...kepada yang ingin share pengalaman korang amatlah dialu-aluka,,sekian untuk kali ini...terima kasih...amin...



